The Others - Kembara ke Amber Court

Seperti di tajuknya, ramai yang tertanya-tanya di manakah Amber Court ini. Amber Court Apartment Services adalah merupakan salah satu khidmat sewaan apartment yang terdapat di Tanah Tinggi Genting (Genting Highland) di Pahang....

The Others - Balai Polis Lama Gombak

Balai Polis Lama Gombak ini terletak di batu berapa pun kami tak tahu. Klo korg tanya org tempatan pun mereka tak tahu or akan bg direction yg salah... jd kami terpaksa TAG kan sendiri tempat ni dgn beberapa landmark.

The Others - Shah Alam Trip

Kami mengambil keputusan pergi ke beberapa rumah tinggal di situ. Terdapat sebuah rumah banglo tinggal. Kami berpeluang untuk masuk ke dalam memandangkan tiada sebarang objek yang menghalang dan tiada guard yang ditempatkan di situ.

The Others - Analisa Bukit Tunku

Kami ingin berkongsi pengalaman yang dikutip daripada aktiviti kami dan terpulanglah pada pembaca untuk menilai kerana apa yang diceritakan betul-betul terjadi dan baru sahaja berlaku di Bukit Tunku

Thursday, July 4

The Others: Kembara Hostel Tinggal




Prolog

Beberapa bulan yang lepas, The Others tak berapa aktif disebabkan sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing, kekangan masa menyebabkan kegiatan kami agak terbatas.
Bermula dari  meeting pertama untuk tahun 2013 yang lalu, Shak mencadangkan kami ke tempat seperti asrama, hostel ataupun bangunan yang besar untuk kembara seterusnya. Setelah beberapa research dilakukan, hasratnya tertunai apabila Endi menjumpai sebuah apartment tinggal yang pernah dijadikan hostel untuk pelajar kolej namun kini terbiar begitu sahaja. 

Hasil risikan dari masyarakat setempat, sememangnya ada kisah-kisah seram yang diceritakan dan disampaikan kepada kami. Hal ini diperkuatkan lagi setelah kami menjumpai artikel dan cerita daripada blog dan forum mengenai hostel tersebut. Namun timbul tanda tanya mengapa ianya tidak terkenal seperti tempat-tempat lain sebelum ini.

Pandangan dari sisi.

Walaupun terletak hanya dipinggir bandar namun tidak pernah sekalipun kami mendengar kisah mengenai tempat ini walau sudah tiga tahun kami menjelajah ke alam sakti.

Ikuti kisahnya dalam...

Kembara Hostel Tinggal

Seperti 'ada' yang memanggil kami untuk ke sini untuk kembara kali ini. Bermula dari hasrat Shak, kisah-kisah hostel ini di internet, lantas kami rumuskan ianya se'level' dengan tempat-tempat sebelum ini.
Seperti kebiasaannya, kami mulakan dengan sedikit info mengenai hostel ini.
(kami menamakannya 'hostel' kerana ianya bekas penempatan pelajar beberapa kolej)



Hostel ini merupakan sebuah bangunan pangsapuri yang mempunyai tiga blok bercantum dan membentuk huruf 'U'. Blok tengah diapit blok kiri dan kanan memperlihatkan seolah-olah kediaman para elit. Terletak di daerah pertengahan lebuhraya lingkaran tengah (MRR2) pastinya sesuai dengan lokasinya sebagai sebuah hostel kolej di bandar metropolitan ini.

Ianya juga dilengkapi sebuah kolam renang yang dibina ditengah-tengah bangunan berkenaan. Blok kiri dan kanan mempunyai 8 tingkat dan blok tengah, 11 tingkat (sumber dari forum) dan dua lif di blok tengah manakala lif kecemasan terdapat di hujung blok kiri dan kanan.

Kisah Seram
Penulis tertarik dengan kisah penjelajahan satu kumpulan yang menceritakan bagaimana mereka sampai ke tingkat bumbung dan menjumpai satu tangki air yang mempunyai kisah seorang wanita mati didalam tangki tersebut akibat diperdaya oleh rakan-rakannya.

Tangki air di tingkat 9 blok kiri.

Mereka menjelajah ke rumah-rumah di tingkat 7 dan 8 yang telah pun terbiar sejak 3-4 tahun yang terakhir pelajar-pelajar kolej mendiami hostel tersebut. Paling menarik perhatian ialah kolam renangnya, kerana dakwaan mereka melihat kepala timbul dari permukaan kolam renang.

Kolam Renang yang bersemak-samun di laman hostel.

Tidak perlu rasanya kami menyenaraikan setiap cerita yang kami dengar dan baca, anda boleh sahaja mencarinya di internet. Apa yang ingin kami kongsikan adalah pengalaman kami pula di sana.

Ahli Baru
Pastinya anda perasan gaya penulisan yang baru. Kami cuba memperbaiki mutu dan kualiti penyampaian kami untuk memudahkan anda mengikutinya.

Ira (kanan) dan Endi berbincang sesuatu.

Pada kembara kali ini, kami disertai seorang ahli baru yang membuat debut bersama kami. Pencarian ahli wanita seperti yang kami war-warkan di blog akhirnya menarik perhatian, IRA
(bukan nama sebenar, jika nama sebenar pun kami peduli apa) seorang gadis yang tidak kurang hebatnya, mahu mencari pengalaman sendiri selain tertarik dengan gaya dan identiti
The Others Clan yang tak seberapa ini (merendah diri).

Meeting kembara telah dijalankan dan diwar-warkan di fanpage facebook The Others. Meeting ini tidak lain bertujuan untuk menerangkan serba sedikit info tentang lokasi, prosedur keselamatan, role dan persiapan peralatan.

Trip kali ini disertai Endi (Leader), Faris (Photographer), Shak (Cameraman/Lastman), Shamz (Scanner/Lastman) dan Ira (Media) juga penampilan istimewa dari Kak Ton (Guest).
Formasi angka genap ini susah untuk dipraktikkan namun kami memberi kepercayaan kepada Ira untuk membentuk kerjasama dan persefahaman bersama kami, walaupun 'baru' kami tidak beri muka kepada Ira.

Kembara Bermula 

Taklimat ringkas diadakan sebelum kami memulakan kembara malam itu.
Sabtu, 8 Jun 2013 telah dipilih untuk kembara ini.
Selain kami berenam, kami juga disertai Zaza, Mont dan Sdf yang memantau pergerakan kami (Timekeeper) serta memberi liputan 'Live Feed' untuk pembaca melalui saluran media kami (Facebook, Forum). 

Endi 'membuka' jalan di lobi hostel.

Ikuti jurnal kembara Hostel Tinggal....

Ahad (9 Jun 2013)

Jam 0230
Kami sampai di depan hostel/apartment dan sebelum masuk kami akan membentuk formasi pergerakan dan pemeriksaan peralatan buat kali terakhir. Ira memberitahu bateri handphonenya habis dengan tiba-tiba. (Selaku di posisi Media, Ira bertanggungjawab memberi liputan langsung pergerakan kami melalui media sosial, hal ini telah menyebabkan satu handphone yang bertindak sebagai camera footage ditukar kepada live feed)

Jam 0240
Kami masuk melalui 'pintu belakang'. Walaupun ada forumer yang menasihati supaya tidak melalui pintu itu, namun kami memikirkan ianya jalan keluar masuk yang paling selamat. Kami sampai di ruang legar/lobi hostel. Suasana gelap, sunyi dan berair. Tidak berapa lama, Endi dilanggar seekor kelawar yang tiba-tiba terbang ke arahnya.

Lobi.

Jam 0250
Sedikit gementar, mungkin kerana dah lama tak ke lapangan. Endi membawa kami menaiki tangga di blok kiri (dipandang dari depan pintu utama). kami terus ke tingkat tiga. keadaan masih terkawal namun kami tetap berhati-hati.

Pandangan dari tingkat tiga.

Jam 0315
Setelah menangkap beberapa keping gambar, kami dapat membiasakan diri dengan keadaan gelap dan sunyi di hostel itu. Sememangnya keselamatan paling utama berikutan fence (besi penghadang) tiada selain jalan gelap. Kami sampai di tingkat 4. Endi cuba menukar arah lalulan dengan pergi ke arah bertentangan, di sinilah kami masuk ke salah satu rumah secara rawak. Kami menjumpai tempurung dengan kemenyan dan gumpalan rumput kering di tengah-tengah ruang tamu. Kami amati reka bentuk rumahnya lalu teringat cerita mengenai seorang budak yang entah dari mana berlari dari dapur (bersebelahan pintu rumah) terus menuju ke tingkap dan terjun (sumber dari forum).

Pandangan dari dalam sebuah rumah.

Jam 0340
Kami skip beberapa tingkat dan terus ke tingkat 7 kerana mengikut ceritanya, 3-4 tahun sebelum hostel ini ditutup, penghuninya sehingga tingkat 4 sahaja. Kami masuk ke sebuah rumah dan membuat rakaman footage untuk Ira dan Guest kami, Kak Ton. Kami mengambil masa sejam hanya untuk sampai ke tingkat 7.



Jam 0350
Kami sampai ke tingkat paling atas blok kiri, dimana terletaknya kawasan tadahan air. Kami melakukan tinjauan dan rest disitu. Ada beberapa kejadian yang telah kami saksikan namun peraturan mesti dipatuhi, tidak dibolehkan sesiapa mengumpat ketika kembara. Namun, ianya telah menarik perhatian kami semua membuatkan kami lebih berhati-hati dan kerjasama kumpulan penting untuk mengawal mood dan mentaliti setiap ahli. Kak Ton, seketika kelihatan cemas, seketika letih tetapi dengan guidelines yang diberi Kak Ton tidak cepat 'melatah'.

Jam 0400
Kami keluar dari kawasan tadahan air. Endi dan Shamz berbincang mengenai laluan seterusnya, ini kerana Endi tidak menjumpai lif dan jalan untuk ke blok tengah dan laluan terus ke bumbung (Tangki Air) tetapi Shamz memberitahu laluan tersebut ada. Setelah berpusing-pusing seketika, Endi menjumpai lif di blok tengah dan tangga, Kami terus menaiki ke tingkat seterusnya.

Lif.
Jam 0410
Kami kini berada di tingkat 11. Keadaan makin suram, kami semua perasan makin tinggi makin suram dan makin mendebarkan. setiap tingkat yang kami lalui makin menyeramkan namun kami diamkan sahaja. Sewaktu berada di pertengahan tingkat 11 (antara tingkat 11 dan bumbung), kami bersedia untuk naik tiba-tiba kedengan dengan jelas, bunyi kepingan atap di telangkupkan. "Praangg!!. Keadaan gelap membuatkan bunyi itu kedengaran jelas. Shamz merasakan bunyi itu dari lobi, namun yang lain tidak sependapat, mereka merasakan bunyi itu dari tingkat atas. Kami padamkan semua lampu untuk menjejaki bunyi tersebut. Seminit, dua minit, sunyi... Ira berkata itu adalah 'warning' untuk kami supaya tidak meneruskan niat ke bumbung. Endi juga kelihatan cemas dan memberi isyarat untuk bersedia turun tetapi Shamz mahukan kami semua terus bergerak ke atas, lalu sedikit perbalahan timbul. Shamz dan Endi memutuskan untuk berpecah, Shamz bersama Faris, Shak naik ke tingkat atas manakala Endi membawa Ira dan Kak Ton turun dan tunggu satu tingkat di bawah mereka.

Shamz, Faris dan Shak bersedia untuk naik, Endi, Ira dan Kak Ton sudah pun menuju ke bawah, Sewaktu Shamz tinggal lagi selangkau anak tangga sebelum sampai ke tingkat paling atas, kedengaran jelas bunyi dentingan besi, seperti 'seseorang memukul batang besi' , bunyi "Taanng!!" membuatkan semua terpaku sejenak. Endi lantas memberi isyarat pull off dan Shamz segera faham dan turun kembali. 

Namun sebelum kami turun kami cuba untuk merakam dan menangkap seberapa banyak gambar dari celahan tangga.

Perjalanan turun dari tingkat 11 benar-benar mencabar, kami terpaksa bergerak dengan kadar cepat tetapi perlahan-perlahan dan meminimumkan bunyi dan cahaya. Kami berasa seolah-olah dikejar oleh sesuatu. Dalam suasana cemas itu, kami tidak sedar kami telah sampai ke tingkat berapa, dalam kekalutan tersebut, tiba-tiba Ira terpaku kerana ternampak lintasan lembaga hitam di pintu kecemasan. Bukan Ira sahaja, rupanya Faris, Shamz juga nampak namun kami terus bergerak turun walaupun keadaan Ira tidak stabil kerana terkejut, Ira hilang kawalan badan sebelum berjaya ditenangkan sambil kami memimpinnya turun ke bawah.

Kami berjaya sampai ke tingkat bawah, Endi terus membawa Ira dan Kak Ton keluar manakala Shamz terus membawa Faris dan Shak ke depan Kolam renang untuk mengambil gambar tetapi Shamz terlihat 'sesuatu' dan memberi isyarat kepada Faris dan Shak supaya pandang ke bawah sambil menghala kamera dan videocam ke arah kolam renang. Selepas itu, kami terus bergegas keluar melalui pintu belakang tadi.

Jam 450
Kami berjaya keluar dengan selamat. Alhamdulillah, kembara kami berjalan lancar walaupun tidak dapat menghabiskan hingga ke tingkat teratas namun ianya satu pengalaman menarik

Kolam Renang.
Kolam Renang (tangkapan dari atas).
Permukaan lantai yang berair.
Lorong-lorong yang gelap dan sunyi.
Beranda yang ditumbuhi semak samun.
Penthouse di tingkat 9.
Kawasan tangki air.
Unit-unit rumah yang kosong.
Celahan antara blok.
Blok hostel.
Aksi Ira.
Pandangan dari atas.
Pandangan dalam sebuah rumah.
Item pelik yang kami temui.
The Others Clan

PENAFIAN: Kami tidak menyatakan atau mencadangkan bahawa tempat-tempat berikut adalah berhantu. Pembaca berhak membuat penilaian sendiri. Kami tidak bertanggungjawab diatas segala kesan yang dialami pembaca. Kami hanya menceritakan pengalaman kami ketika di tempat kejadian, tiada sebarang penambahan cerita, unsur-unsur negatif dan cerita palsu.

copyright@theothersclan2013

Saturday, June 15

Preview: Kembara Hostel Tinggal

PREVIEW

Lebih kurang 5-6 tahun lepas, sebuah apartment yang dijadikan hostel pelajar kolej sentiasa meriah dgn pelbagai aktiviti dan karenah penghuninya, namun kemudiannya hostel tersebut terbiar dan terbengkalai.

Sebelum ditinggalkan lagi telah kedengaran cerita-cerita mistik, seram dan pelbagai kejadian tragis.

Sekadar memetik beberapa sumber, kejadian penampakkan lembaga di tangga, lif yang naik ke tingkat tidak berpenghuni, suara perempuan yang memanggil, terjun dari tingkap bilik, kejadian di rasuk, antara fenomena yang disaksikan penghuni hostel ini.

Kini, kami menjejaki semula kisah-kisah yang disampaikan. Bersama kami ke pengembaraan alam sakti ke hostel tinggal ini.


"Kami berenam masuk bermula dari tingkat bawah (lobi), kami memulakan kembara malam itu dengan blok kiri. Dari tingkat ke tingkat kami menyusuri gelap malam, sunyi bila lampu dipadamkan. Walaupun di tepi jalan, namun suasana di dalamnya seaakan terpisah dengan dunia luar.

Suasana ketika di dalam hostel tersebut.

Kami masuk ke sebuah rumah dan menjumpai bekas kemenyan. Tiadalah dalam pengetahuan kami untuk kami barang-barang tersebut. Kami lantas mencari objektif kami iaitu ke tangki air yang terletak di bumbung blok tengah.

Bukan sekali dua terdengar bunyi geseran tapak kaki, dan bukan seorang dua yg mendengarnya, namun alah bisa tegal biasa, kami biasakan dengan keadaan seperti itu, jelas kelihatan air yang tiba-tiba mengalir bila kami jalan ke koridor rumah itu.

Gambara hostel tersebut dari luar.

Namun, kami berjaya mengawal keadaan dan emosi kami dari terpengaruh dengan gangguan 'kecil'. Risikonya telah pun diketahui, cuma sanggup dengan tidak sanggup sahaja. Kami sampai ke tingkat 11 dan cuma tinggal selangkau anak tangga sahaja untuk ke bumbung...

Berjayakah kami pergi ke tangki air tersebut....??

Kolam Renang di sebalik semak-samun.

The Others Clan: Kembara Hostel Tinggal

Penulis: Shamz T.O.C.

Saturday, February 18

The Event: Promo Kembara Amber Court















Saksikan Promo Kembara Amber Court. Post ini hanya iklan, nantikan video rakaman 
dari kembara Amber Court. Kami akan letakkan di ruangan 'Video'.
Di masa akan datang, kami akan sertakan sekali rakaman secara langsung dari
lokasi kejadian. Harap Maklum.

PROMO Kembara Amber Court oleh The Others Studio



TEASER Kembara Amber Court oleh The Others Studio

Saturday, February 4

The Others: Kembara Amber Court

Setelah berminggu-minggu merancang bersama WUJUD Paranormal Team (WPT),
akhirnya terlaksana juga misi Kembara Amber ini. Terdahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih
kepada WPT yang sudi menjemput kami bersama mereka ke Amber Court, Genting Highland, Pahang.

Misi kami kali ini adalah ingin menjejak kisah seram yang sering menjadi bual mulut baik dari sang penyewa, pelancong, orang-orang sekitar mahupun yang hanya datang berkunjung, kesemuanya menceritakan perkara yang sama. Amber Court ini penuh misteri dan ada entiti !!












Menjadi tarikan buat The Others Clan untuk ke kawasan tanah tinggi ini bagi menyusuri cerita dan pengalaman di tempat itu sendiri.

Trivia
Amber Court merupakan sebuah kompleks apartment (bagi yang tidak tahu) yang mempunyai dua buah menara. Terletak di pesisir lereng The First World Hotel dan di tepi lereng itu ianya dibina di atas puncak. Tidaklah mudah untuk menjejakinya berikutan hanya 2-3 sahaja papan tanda yang meletakkan nama Amber Court ini, mujur ianya tidak jauh.

Pada waktu kunjungan kami, ada lebih kurang 10-20 apartment didiami oleh penduduk tetap yang merupakan pekerja-pekerja disitu dan ada yang menjadi milik orang persendirian. Manakala selebihnya masih dijaga dibawah Amber Court Service Apartments.













Misteri
Antara cerita-cerita popular di sini termasuklah cerita tentang sebuah bilik yang sengaja dikosongkan kerana dikatakan 'angker' dan berhantu. Jika anda search di internet, dengan mudah anda akan menjumpai cerita tentang bilik berhantu ini di dalam carian anda.
























Kejadian-kejadian misteri tentang bunyi air yang datang dari bilik tidak berpenghuni, pintu bilik diketuk oleh orang yang tidak diketahui, bunyi desiran tapak kaki di luar bilik. Kesemua ini ada diceritakan oleh mereka yang pernah mendiami Amber Court ini.

Melihat dari luar sahaja, dengan keadaan bangunan yang usang dan lusuh pastinya menyeramkan sesiapa sahaja. Namun, kisah sebenar masih belum diketahui kebenarannya.














Kembara
Setelah berbincang dan merancang kembara kali ini, Kami membuat keputusan untuk bergerak sendiri kerana kami tidak dapat menginap disitu (mengikut perancangan asal) bersama WPT. Jadi, WPT telah bermula awal dari kami dengan event mereka sendiri. Kami pula bergerak lewat kerana ada ahli-ahli kami terpaksa memenuhi kehendak hakiki sebelum menyertai kami.

Ikutilah jurnal perjalanan kami dan kami susuri dengan analisa dan juga ringkasan kejadian-kejadian penting ketika kembara kali ini.















Jurnal Kembara The Others Clan

Jam 2000
Kami telah mula berkumpul di RGK, Danau kota. Ianya merupakan base tetap kami untuk pengetahuan umum. Kami berkumpul awal bagi memeriksa alatan dan kelengkapan sebelum bertolak.
Jam 2130
Ahli terakhir kami telah pun sampai dan kami terus membuat taklimat akhir bagi tujuan keselamatan, pergerakan dan formasi.
Jam 2300
Kami mula bertolak mengikut Lebuhraya dari arah Gombak.
Jam 0000
Kami mula mendaki jalan ke Genting Highland. Memang mencabar dan diikut pula hujan lebat yang menyebabkan kabus naik dan tebal.













Jam 0145
Kami tiba di hadapan Amber Court. Setelah melalui perjalanan sukar berikutan kabus tebal dan penglihatan setakat 1 meter sahaja. Kami terus bersiap dan bermula dari arah Parkir Kereta di bahagian
Basement Level 1.
Jam 0215
Kami menyusuri Basement Level 1 sehingga ke level paling bawah dan keluar ke bahagian belakang berdekatan dengan Kotak Janakuasa Elektrik. Disini keadaan sangat sejuk dan kabus sangat tebal.
Jam 0300
Kami naik ke bahagian apartment dan bertemu dengan WPT. Selepas itu kami terus ke tingkat 23 dan pergi ke sebuah penthouse yang terbengkalai. Di sana kami mendapat view yang menarik dari bahagian atas Amber Court.













Jam 0400
Kami mula bergerak keluar dari Amber Court dan kami menggunakan jalan ke Batang Kali dan terus menuju ke Empangan Batu.
Jam 0500
kami tiba di Empangan Batu untuk berehat dan mengambil gambar sebelum pulang ke Kuala Lumpur.















Analisa
Sewaktu kami menuruni tangga ke bahagian basement yang paling bawah, keadaan sangat gelap berikutan kabus tebal dan cuaca sejuk menghalang penglihatan dan pendengaran menjadi terhad tetapi suasananya sangat seram dan mengujakan.

Di kawasan Stesen Janakuasa Elektrik, keadaan juga sangat mencabar terutama apabila pintu hanya boleh dibuka dari dalam. Keadaan di bawah ini sememangnya menyeramkan tetapi kami tidak menjumpai apa-apa yang menarik perhatian kami.



































Setelah kami masuk ke bahagian apartment, keadaan masih lagi normal cuma lif yang seringkali rosak berikutan tidak selalu di servis. Di penthouse tingkat 23, keadaan rumah memang terbengkalai dan terpencil. Setelah berada lama didalamnya kami perasan suatu bunyi desiran yang kuat namun setelah diperhatikan ianya datang dari bunyi desiran angin dari luar yang bergesel dengan tingkap.














Tiada apa-apa kejadian yang pelik cuma sesekali ahli kami terperasan kelibat-kelibat bayang lembaga dan kami sememangnya berasa 'diperhatikan' tetapi tiada tanda-tanda bahaya.
Namun bagi 'guests' kami malam itu, ianya satu pengalaman menarik untuk menyusuri sendiri kawasan misteri dan dikatakan berhantu ini.



















"Seronok, tapi kami sentiasa berhati-hati" kata Fid, 22 (penuntut ipta)
"Sejuk sangat, tak nampak jalan tapi best" kata Kia, 24 (pekerja swasta)
"Gelap dan menyeramkan" kata Sophie, 21 (penuntut ipta)


Kami akhiri kisah kembara kami kali ini dengan lawatan ke Empangan Batu. Mungkin kami tidak bernasib baik kali ini, namun segalanya berjalan dengan lancar dan pengalamannya tidaklah sehebat cerita-cerita satira seperti yang didengari. Tepuk dada tanya selera!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...